SERI kali ini berkongsi menu tradisional berasal dari Sumatera Barat, Dendeng batokok. Menu ini amat popular dalam kalangan masyarakat Minangkabau. Batokok atau dendeng ketuk, diperbuat daripada hirisan daging lembu rebus yang kemudian diketuk bagi menjadikannya empuk ketika dimakan. Dendeng batokok lazimnya dimakan bersama nasi dan lauk-pauk nasi padang yang lain. Resipi ini juga sesuai untuk disediakan bagi sajian diet buat ibu yang berpantang selepas melahirkan anak. Selamat mencuba. (hidangan untuk…










