GOMBAK: Remaja lelaki yang maut dipercayai akibat keracunan makanan selepas mengambil bihun dan telur goreng lazimnya memastikan makanan yang hendak dimakan berada dalam keadaan baik. Bapa kepada Allahyarham Luth Izhar Kamal, 17, Kamal Baihan, 53, berkata, anak bongsunya itu sentiasa meminta pengesahan tentang status makanan yang ingin dijamah. Beliau yang bekerja sendiri berkata, arwah anaknya itu ada meminta dia memeriksa keadaan bihun goreng yang mahu dimakan pada hari kejadian. “Saya…