Armenia iktiraf Palestin - Utusan Malaysia

Armenia iktiraf Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YEREVAN: Armenia mengumumkan memberi pengiktirafan terhadap negara Palestin sejak Jumaat lalu, sekaligus menjadi negara baharu yang melakukan tindakan sedemikian.

Negara itu menyatakan pendirian dan benar-benar berminat untuk mewujudkan keamanan serta kestabilan buat tempoh panjang di Asia Barat.

“Kami mengesahkan komitmen terhadap undang-undang antarabangsa,kesaksamaan antara negara, kedaulatan dan kewujudan secara aman, Republik Armenia mengiktiraf Palestin,” umum negara itu.

Armenia yang sedang berdepan konflik dengan negara jiran, Azerbaijan selama beberapa dekad, mengutuk tindakan tentera Israel di Gaza.

“Armenia mengutuk tindakan Israel menggunakan infrastruktur awam sebagai tempat berlindung semasa konflik bersenjata dan keganasan terhadap rakyat Palestin,” tegas pemerintah Armenia.

Selain Armenia, lebih 145 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melakukan pengiktirafan terhadap Palestin seperti Norway dan Sepanyol.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya