Reda dalam hidup insan

Reda dalam hidup insan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REDA berasal dari kata radhiyayardha bermaksud menerima sesuatu perkara dengan lapang dada tanpa mereka kecewa dan menyesal. 

Dalam kamus bahasa dan pustaka ia bererti bersedia dengan ikhlas hati untuk membuat sesuatu dan rela.

Ia merupakan salah satu dari sifat mahmudah utama dan ia adalah sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah SWT. 

Reda keseluruhan diertikan dengan menerima dengan rasa tenang, senang dan berlapang dada dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT yang berupa peraturan (hokum) mahupun qada’ atau sesuatu daripada ketentuan Allah SWT. 

Ikhlas dan reda dua komponen penting menatijahkan kesempurnaan kehidupan insan dalam menuju Syurga Allah SWT. 

Tanpa ikhlas tidak ketemu jalan keredaan manakala tanpa reda tidak mustahil yang mengiringinya adalah keikhlasan makhluk kepada PenciptaNya. 

Reda Allah SWT itu lebih utama dari reda manusia. 

Nasihat al-Fudhail bin ‘Iyadh kepada Bisyr alHa iaitu redha lebih afdal berbanding zuhud di dunia kerana mereka yang reda tidak mengharapkan lebih daripada apa mereka ada. 

Akhlak Islam menyarankan umat Islam sentiasa mencari keredaan Allah SWT. 

Kita dituntut mencari keredaan Allah SWT dan juga keredaan orang sekeliling. 

Ini berdasarkan kepada sebuah hadis Riwayat al-Tirmizi (2414) yang disahihkan oleh Imam Ibn Hibban bermaksud: Barangsiapa yang mencari redha Allah SWT sekalipun memperolehi kemurkaan manusia, maka Allah akan cukupkan kebergantungannya terhadap manusia. 

Barangsiapa yang mencari reda manusia sekalipun memperolehi kemurkaan Allah, maka Allah akan serahkannya kepada manusia. 

Dalam Kitab Tuhfah alAhwazi, Syeikh al-Mubarakfuri berkata ketika mensyarahkan hadis ini, maksud Allah SWT akan menyerahkannya kepada manusia adalah Allah SWT akan membiarkan manusia menguasainya dirinya sehingga dia itu akan disakiti atau dizalimi oleh manusia (yang menguasai dirinya itu). 

Makna reda boleh dibahagikan kepada dua sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh al-Raghib dalam Kitan I’rab al-Quran AlKareem wa Bayanuhu iaitu redha hamba kepada Allah SWT dan reda Allah SWT kepada hamba. 

Maksud reda hamba kepada Allah SWT adalah seorang hamba itu tidak menolak pada qada’ atau ketentuan yang berlaku ke atas dirinya. 

Adapun reda Allah SWT kepada hamba iaitu Allah SWT akan memastikannya sentiasa mentaati perintahnya serta meninggalkan segala larangannya. Rasulullah SAW apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata : Segala puji bagi Allah SWT yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan. Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan, Baginda mengucapkan: Segala puji bagi Allah atas segala perkara.

 

PERINTAH REDA

Perintah reda menerima ketentuan nasib daripada Allah SWT dijelaskan didalam hadis yang lain yang bermaksud: Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. 

Melainkan hendaklah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat !” Kerana sesun uhnya perkataan: andaikata… itu memberi peluang pada syaitan. (Riwayat Muslim) Dalam al-Quran Allah SWT Surah At-Tawbah ayat 59 menekankan tentang reda dengan firman Allah yang bermaksud: Dan alangkah baiknya jika mereka reda dengan apa yang Allah SWT dan RasulNya berikan kepada mereka sambil mereka berkata: Cukuplah Allah SWT bagi kami, ia dan Rasul akan berikan pada kami kurnianya, Sesun uhnya pada Allah SWT kami menuju. 

Paksi utama menujuk keredaan Allah SWT dengan sepenuh hati seikhlas hati menerima segala takdir ketentuanNya. 

Amalan-amalan mulia yang akan meningkatkan pencarian hamba kepada keredhaan Allah SWT : 

  • Memperbetulkan niat lillahita’ala dalam segenap urusan kehidupan 
  • Memperbanyakkan diri dengan ibadah khusus dan ibadah umum 
  • Memperbanyakkan istigfar kepada Allah SWT 
  • Memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW • Melazimi diri untuk membaca al-Quran 
  • Mengasingkan diri dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat 
  • Menjauhi perkara-perkara yang membawa dosa kepada Allah SWT 
  • Menjalinkan silaturrahim sesama manusia
  • Sentiasa berusaha, berdoa, tawakkal dan bersyukur kepada Allah SWT 
  • Sentiasa berbaik sangka dengan setiap ketentuan Allah SWT. 

Dalam usaha mencari keredaan Allah SWT ia merupakan mujahadah yang mulia di sisi Allah SWT. 

Oleh kerada reda adalah salah satu daripada ciri orang bertakwa dan sifat yang terpuji, maka kita dituntut untuk menumpukan seluruh usaha dan amalan kita untuk sentiasa mendamba keredaan Allah SWT melakukan segala suruhan Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya demi menuju jalan ke Syurga Allah SWT. 

Reda Allah SWT ibarat biar apa yang kita lakukan, Allah SWT reda. 

Dengan itu apa yang kita lakukan akan memberi manfaat kepada orang lain. 

Tidak mampu untuk menjadi baik maka jangan berbuat kejahatan, pemgkhianatan,  fitnah dan menjatuhkan orang lain. 

Keredaan Allah SWT bergantung kepada niat, perbuatan dan tindakan yang baik. 

-PENULIS adalah Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN