Zii Jia kejang badan selepas mara separuh akhir Malaysia Masters

Zii Jia kejang badan selepas mara separuh akhir Malaysia Masters

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia ketika menentang pemain Denmark, Anders ANTONSEN pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2024, di Stadium Axiata Arena, di sini hari ini.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan professional negara, Lee Zii Jia dibelenggu kekejangan seluruh badan selepas melangkah ke separuh akhir pada kejohanan Malaysia Masters 2024 apabila menewaskan pilihan kedua, Anders Antonsen.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Axiata Arena sebentar tadi, Zii Jia memerlukan masa sejam 23 minit untuk mencatat kemenangan ke atas lawannya dari Denmark itu, 21-15, 19-21, 21-11.

Pengurus pasukan Team Lee Zii Jia (LZJ), Lee Zii Yii berkata kekejangan itu berlaku berakhirnya set kedua yang mana beliau mendapatkan rawatan lanjut sebelum bermulanya set ketiga.

Menurutnya, kekejangan ini mungkin berlaku akibat jadual kejohanan yang padat sejak Terbuka Thailand 2024 minggu lalu.

“Selepas set kedua, beliau (Zii Jia) mengalami kekejangan selepas set kedua. Kekejangan ini beliau mengalami permainan yang sengit menentang Kiran George dari India, semalam.

“Zii Jia sekarang kejang seluruh badan. Berdiri, duduk dan berjalan pun dia mengalami kejang pada ototnya,” kata Zii Yii.

Pemain nombor 10 dunia itu kini di Institut Sukan Negara (ISN) bagi mendapat rawatan selanjut sejurus tamat perlawanan suku akhir sebentar tadi.

Zii Yii merangkap kakaknya mendedahkan pemain berusia 26 tahun itu akan mendapat rawatan mandian ais bagi meredakan otot-otot pada tubuhnya.

Susulan kekejangan yang dialami ini berkemungkinan akan mengganggunya menjelang Terbuka Singapura dan Indonesia pada hujung bulan ini

“Kami sudah berhubung dan menghantarnya ke ISN untuk rawatan susulan. Kami hantarnya secepat mungkin berikutan ISN tutup pada sebelah malam.

“Kami akan cuba yang terbaik. Bagi dia rehat dan pulih sepenuhnya dahulu. Esok pagi kami akan melihat perkembangannya melalui ahli fisiologi ISN,” katanya.

Terbuka Singapura akan berlangsung 28 Mei hingga 2 Jun manakala Terbuka Indonesia akan membuka tirai saingannya 4 hingga 9 Jun depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya