UNRWA tutup pejabat di Baitulmuqaddis timur - Utusan Malaysia

UNRWA tutup pejabat di Baitulmuqaddis timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Ibu pejabat agensi bantuan terbesar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Gaza ditutup sementara selepas berdepan beberapa serangan di Baitulmuqaddis timur. 

Philippe Lazzarini berkata, penduduk Israel cuba menghidupkan api dan membakar kawasan pekarangan pejabat itu, petang Khamis lalu. 

Bagaimanapun, katanya, tiada kematian dilaporkan. Namun, serangan itu menyebabkan pintu di bahagian luar mengalami kerosakan teruk. 

“Sekali lagi saya tekankan, nyawa staf PBB sangat bahaya dan berisiko. 

“Pengarah dengan bantuan beberapa staf lain terpaksa memadamkan kebakaran sendiri kerana menunggu ketibaan bomba dan polis yang mengambil masa agak lama,” katanya lapor BBC. 

Lazzarini turut memuat naik video yang memaparkan ‘himpunan penduduk Israel yang ditemani lelaki bersenjata’ sambil melaungkan ‘bakar PBB’. 

Jelasnya, pejabat itu hanya dibuka semula sekiranya ia benar-benar selamat dan terkawal. 

UNRWA turut melaporkan 10 insiden melibatkan tembakan, buli dan gangguan terhadap staf dalam tempoh dua minggu berturut-turut. 

UNRWA dianggap sebagai ancaman terhadap penduduk Israel kerana beberapa staf badan itu didakwa terlibat dalam serangan Hamas dengan Israel, 7 Oktober lalu. 

Tuduhan itu menyebabkan beberapa organisasi antarabangsa menghentikan sementara sumbangan.

Bagaimanapun, Israel perlu mengemukakan bukti terhadap tuduhan berkenaan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya