Tunku Ismail bersuara, jawab tuduhan tidak berasas

Tunku Ismail bersuara, jawab tuduhan tidak berasas

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil menjawab tuduhan tidak berasas segelintir pihak yang mengaitkan beliau dengan beberapa insiden hitam yang melanda negara ketika ini.

Pemangku Sultan Johor berkata, enam insiden termasuk tiga membabitkan pemain bola, atlet kayak, kes penemuan bahan letupan di rumah dan terbaharu serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram kesemua seperti ‘menuduh’ dirinya dalang di sebalik insiden berkenaan.

Jelas Tunku Ismail di laman Story Instagram miliknya, beliau menolak sekeras-kerasnya insiden itu dan menyeru agar semua pihak bersatu hati melawan keganasan.

“Akhyar (Rashid) kena samun, Faisal (Halim) kena asid, Safiq (Rahim) kereta kena pecah, Siti Nur Masyitah kena langgar kereta, semalam seorang lelaki dari Bagan Serai Perak ditangkap dan jumpa ‘bomb di rumah’, semalam Balai Polis Ulu Tiram diserang lelaki bertopeng dan dua anggota polis ditembak.

“Semua ini kerja TMJ, FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), polis dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia). Semua kes ini tiada kaitan dengan bola sepak, berlaku di luar kawasan stadium dan luar kawasan bola sepak.

“Tetapi mari kita beramai ramai buat solidariti “stop violence in football”. #InisemuasalahTMJ,” tulisnya.

Terdahulu negara dilanda insiden hitam menerusi beberapa siri keganasan membabitkan beberapa ahli sukan negara dan pihak berkuasa.

Tiga pemain bola sepak profesional negara, Akhyar, Faisal dan Safiq di serang oleh individu tidak dikenali hingga mendatangkan kecederaan anggota badan dan harta benda.

Dalam pada itu, atlet negara dalam sukan kayak Siti Nur Masyitah dilanggar oleh seorang lelaki mabuk dari arah belakang dan diseret sejauh 600 meter.

Terbaharu hari ini, dua anggota polis terbunuh, manakala seorang lagi cedera dalam serangan dilakukan seorang lelaki yang menceroboh masuk Balai Polis Ulu Tiram, di sini jam 2.54 awal pagi tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya