Selangor ‘wajib’ pamer aksi terbaik

Selangor ‘wajib’ pamer aksi terbaik

SELANGOR FC menjalani latihan menjelang pertembungan dengan Negeri Sembilan malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil berharap pemain-pemainnya dapat mempamerkan aksi terbaik menjelang aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya , malam ini.

Tegasnya, inilah masa sesuai untuk para pemain membalas kepercayaan penyokong selepas tiket perlawanan habis terjual bagi perlawanan berkenaan sekali gus menunjukkan peminat-peminat memberi sokongan padu kepada pasukan.

“Saya ada rasa hormat kepada jurulatih Negeri Sembilan (Azzmi Aziz), kadang-kadang kalau ada pasukan yang bermain secara bertahan kita anggap mereka ada kekurangan sedangkan mereka ada pemain berbakat.

“Apapun untuk aksi kali ini kita sudah kaji permainan dan pemain mereka. Apa saja masalah yang akan diberikan oleh pasukan lawan, kita mesti kena ada jawapan dan semua itu pemain kena jawab semasa hari perlawanan nanti,” katanya.

Pada aksi berdepan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), 18 Mei lalu, Selangor hanya mampu menang 1-0, malah kedua-dua pasukan menunjukkan aksi ‘membosankan’ sepanjang perlawanan.

Ketika ditanya mengenai kelemahan sentuhan penyudah penyerang import baharunya, Ronnie Fernandez, Nidzam enggan meletakkan tekanan tambahan dan mahu pemain itu menjadikan bekas peledak utama pasukan, Ayron del Valle sebagai contoh.

“Kebanyakan penyerang kita sebelum ini pun berdepan kesukaran pada perlawanan pertama dan kedua namun selagi Ronnie bekerja keras, selagi itu saya akan sokong dia kerana saya tidak rasa ada isu tentang bakat.

“Ayron dulu pun ada masalah pada dua tiga perlawanan awal namun dia bangkit (hingga menang kasut emas dengan 23 gol). Jadi begitu jugalah yang saya harapkan dengan Roonie,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya