TRAT: Hidupan akuatik daripada terumbu karang hingga ikan di pantai teluk timur Thailand menderita apabila suhu permukaan laut mencecah paras tertinggi bulan ini di tengah-tengah gelombang panas serantau. Bahkan, hal ini membimbangkan saintis dan masyarakat tempatan. Batu karang yang dahulunya segar dan berwarna-warni, kira-kira lima meter di bawah air bertukar menjadi putih dalam fenomena yang dikenali sebagai pelunturan karang. Menurut saintis, ini menunjukkan tanda kesegaran semakin merosot disebabkan suhu air…










