Safiq Rahim 'diserang' di JDT

Safiq Rahim ‘diserang’ di JDT

KEADAAN Cermin belakang kereta milik Safiq Rahim yang diserang oleh individu tidak dikenali.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketika arena bola sepak tempatan masih ‘bersedih’ dan tertanya-tanya dengan insiden melibatkan dua pemain Harimau Malaya, Faisal Halim dan Akyhar Rashid yang diserang oleh individu tidak dikenali.

Kini kes terbaharu melibatkan bekas kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim diserang oleh dua orang lelaki bermotosikal di Jalan Seri Gelam, Johor Bahru.

Kereta pemain bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu diserang kira-kira jam 10.05 minit malam tadi, selepas Safiq selesai mengambil barang di Pusat Latihan JDT.

Berita ini dikongsikan sendiri oleh Safiq yang memuat naik satu hantaran di laman Instagram menceritakan tentang kejadian yang berlaku tersebut dan turut memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat.

Safiq mengakui terkejut dan tidak menyangka bahawa diri akan menjadi sasaran serangan terbaharu dalam kalangan pemain bola sepak.

Malah, dia turut memberi pengingatan kepada pemain lain untuk sentiasa berwaspada.

“Tak sangka saya pula diserang berdekatan pusat latihan JDT. Zaman kami kena berjaga-jaga,” tulis Safiq.

Kejadian itu telah mengakibatkan cermin kereta belakang Honda City Hatchback milik pemain berusia 36 tahun pecah.

Bercerita mengenai bagaimana insiden itu berlaku, Safiq menjelaskan suspek secara tiba-tiba datang kearah kereta yang dipandunya dan salah seorang daripada mereka mengeluarkan tukul besi lalu mengetuk cermin kereta belakang.

Terdahulu, dua pemain kebangsaan iaitu Faisal dari Selangor telah disimbah asid pada tiga hari lepas dan Akhyar dari pasukan Terengganu disamun kira-kira seminggu lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya