Reader's Digest henti operasi selepas 86 tahun - Utusan Malaysia

Reader’s Digest henti operasi selepas 86 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Syarikat penerbitan majalah terkemuka, Reader’s Digest menghentikan penerbitannya di United Kingdom (UK) selepas 86 tahun beroperasi berikutan mengalami tekanan kewangan, lapor The Telegraph.

Ketua Pengarangnya, Eva Mackevic membuat pengumuman penamatan cetakan dan terbitan majalah yang pernah mencatatkan jualan sehingga sejuta salinan setiap bulan di UK.

Reader’s Digest diasaskan di Amerika Syarikat pada tahun 1922 oleh pasangan suami isteri, DeWitt Wallace Lila di ruang bawah tanah Greenwich Village.

Ia pertama kali diterbitkan di UK pada tahun 1938.

Majalah ikonik itu menghimpunkan wawancara dengan pemimpin dunia, pelakon legenda dan ikon muzik menerusi 1,200 terbitannya.

Jumlah pengedaran di UK jatuh pada 2014 selepas dijual oleh firma ekuiti swasta, Better Capital dengan bayaran nominal kepada veteran media, Mike Luckwell, hanya empat tahun selepas Better Capital membelinya daripada pentadbiran.

Better Capital mempunyai sedikit kejayaan mengubah Reader’s Digest, yang bergelut dengan defisit dana pencen 125 juta pound.

Edisi antarabangsa pertama diterbitkan di UK pada 1938 menerusi tajuk ‘Article of enduring interest’.

Menjelang awal 1960-an, terdapat 23 juta orang membaca salah satu daripada 40 edisi antarabangsa yang berbeza, diterbitkan dalam 13 bahasa.

Majalah itu mempunyai sejarah berkempen yang panjang, seawal 1924 ia mencetak cerita yang mengaitkan penggunaan tembakau dengan kematian pramatang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya