Pukulan watak Arjuna, Haidar Hasanudin pernah ditawar jadi anak ikan - Utusan Malaysia

Pukulan watak Arjuna, Haidar Hasanudin pernah ditawar jadi anak ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Haidar Hasanudin, mendakwa dirinya pernah ditawar sebagai ‘anak ikan’ setelah memegang watak Arjuna dalam siri drama Layang-Layang Perkahwinan.

Haidar berkata, dia menganggap watak anak ikan yang dipegang sebelum ini ‘hidup’ kerana perkara itu turut berlaku kepada realiti kehidupannya.

“Sebagai pelakon, kita terpaksa menghidupkan watak supaya penonton boleh melihat baik dan buruknya.

“Saya juga tidak kisah kalau nama saya naik pun disebabkan babak kontroversi itu.

“Sekarang pun, orang mula memanggil saya dengan nama Arjuna dan saya suka dengan perkara tersebut,” jelasnya selepas sidang media drama bersiri Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salji di Zebra Square, semalam.

Haidar juga berasa sangat gembira apabila pengikut di media sosial mula bertambah akibat daripada watak tersebut.

Di sebalik lakonan itu, dia tidak lari dari godaan peminat sehingga ada yang sanggup menawarkannya untuk menjadi ‘anak ikan’.

Dia berkata, individu yang menawarkannya menjadi anak ikan itu adalah kaum wanita yang berusia sehingga sanggup menawarkan wang ringgit dan kemewahan kepadanya.

“Pada awalnya, saya hanya menganggap wanita itu sebagai peminat sahaja. Tidak sangka, dia sanggup menawarkan saya RM50,000 sedangkan dia hanya menginginkan kehidupan yang ‘gembira’ bersama saya,” jelasnya.

Tetapi, dia menolak tawaran tersebut kerana sedar bahawa tindakan itu bukan sahaja mampu menjejaskan raputasinya malah menjatuhkan maruahnya sebagai umat Islam.

Haidar popular selepas memegang watak sebagai Arjuna dalam drama siri Layang-layang Perkahwinan arahan Eyra Rahman dan mula ditayangkan pada lapan Januari bagi menggantikan drama siri Syurga Itu Bukan Mudah.

Menerusi drama tersebut, Arjuna ini sanggup meninggal isterinya demi mencari cinta wanita kaya yang berusia.

Menyedari watak itu kurang disenangi penonton, Haidar tidak menyangka namanya kini semakin naik sehingga timbulnya pelbagai kontroversi yang membabitkan realiti kehidupannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya