Protes pro Palestin merebak ke Mexico - Utusan Malaysia

Protes pro Palestin merebak ke Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO: Ratusan aktivis pro Palestin menganjurkan demonstrasi berdekatan bangunan Kedutaan Israel di bandar Mexico pada petang Selasa.

Tunjuk perasaan itu dianjurkan bagi menzahirkan bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis mengebom kem pelarian di Rafah sehingga meragut nyawa wanita dan kanak-kanak.

Anggota polis dikerahkan ke lokasi protes bagi menghalang kemaraan peserta protes.

Pihak polis dilaporkan menggunakan alat pemadam api dan gas pemedih mata terhadap peserta protes yang melemparkan objek ke arah mereka.

Beberapa peserta protes dilihat menutup muka dan membaling batu ke arah anggota polis yang menghalang kemaraan mereka ke bangunan kedutaan itu.

Dianggarkan seramai 200 penduduk Mexico menyertai protes ‘tindakan segera di Rafah’. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya