Polis guna kekerasan redakan tunjuk perasaan pro-Palestin di 30

Polis guna kekerasan meredakan tunjuk perasaan pro-Palestin di 30 kampus AS

PEGAWAI polis menetapkan kedudukan bagi berdepan dengan penunjuk perasaan di kampus Universiti California, Los Angeles (UCLA), semalam. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Polis dilaporkan merobohkan khemah dan menahan ratusan penunjuk perasaan terutamanya golongan mahasiswa ketika gerakan pro-Palestin melanda 30 buah kampus Amerika Syarikat (AS) sejak beberapa minggu ini.

Selain bertindak di University of Texas, polis juga menahan beberapa mahasiswa di Universiti Fordham di New York dan membersihkan perkhemahan yang didirikan di dalam bangunan kampus berkenaan.

Penguat kuasa undang-undang juga bersiap sedia di Universiti Columbia selepas penahanan besar-besaran petang sebelumnya.

Di Massachusetts Institute of Technology (MIT), penunjuk perasaan menghalang jalan berhampiran pusat kampus di Cambridge semasa kemuncak waktu sibuk ulang-alik.

Berpuluh-puluh kereta polis berkawal di Universiti California, Los Angeles (UCLA) sebagai tindak balas kepada pertempuran ganas apabila penunjuk perasaan menyerang perkhemahan pelajar pro-Palestin.

Universiti Texas Dallas juga, polis mengalihkan perkhemahan dan menangkap sekurang-kurangnya 17 orang kerana pencerobohan jenayah.

Penunjuk perasaan berkumpul di sekurang-kurangnya 30 universiti AS sejak bulan lalu, sering mendirikan khemah untuk membantah angka kematian yang meningkat di Gaza.

“Saya rasa kita tidak sepatutnya mempunyai pasukan polis di kampus,” kata pelajar UCLA, Mark Torre, 22, kepada AFP ketika berada di tempat tunjuk perasaan.

Beberapa mahasiswa mengecam tingkah laku polis di Universiti Columbia dan di City University of New York di mana polis cuba meleraikan penunjuk perasaan.

“Kami diserang, ditangkap dengan kejam. Saya ditahan sehingga enam jam sebelum dibebaskan, dipukul, dipijak, ditetak,” seorang pelajar CUNY yang hanya memberikan namanya seperti Jose.

Seorang pelajar perubatan yang menawarkan rawatan kepada tahanan ketika mereka dibebaskan menggambarkan beberapa kecederaan.

“Kami melihat perkara seperti trauma kepala yang teruk, gegaran otak, seseorang pengsan di perkhemahan oleh polis, seseorang telah tercampak ke bawah tangga,” kata pelajar itu, yang memberikan namanya sebagai Isabel.

Kira-kira 300 tangkapan dibuat di Universiti Columbia dan City University of New York (CUNY), kata Pesuruhjaya Polis Edward Caban.

Datuk Bandar New York, Eric Adams menyalahkan pengganggu luar kerana mencetuskan ketegangan. 

Bagaimanapun, mahasiswa Columbia menafikan keterlibatan orang luar kampus.

Presiden Universiti Columbia, Minouche Shafik, yang mendapat kecaman berhubung keputusannya menghubungi polis, berkata, kejadian itu memenuhi kehendaknya saya dengan kesedihan yang mendalam.

“Saya minta maaf kami terpaksa buat sampai ke tahap ini,” katanya dalam satu kenyataan. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN