Penjenayah pura-pura bisu, pekak elak dipenjara

Penjenayah pura-pura bisu, pekak elak dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang lelaki yang sangat dikehendaki berhubung kes pembunuhan sanggup berpura-pura menjadi bisu dan pekak kerana mahu mengelak disabitkan hukuman penjara lebih 20 tahun di wilayah Hubei.  

Pada 22 Mei 2004, suspek bernama Xiao bertengkar dengan jirannya, Oumio Daying di jalan Xiangcheng. 

Akibat perbalahan itu, Xiao memukul jirannya dengan penyodok di kepala sehingga mangsa terbunuh. 

Runsing memikirkan hidupnya akan dihabiskan dalam penjara kelak atau berdepan hukuman mati, Xiao tergamak meninggalkan isteri dan anaknya berusia 11 tahun semata-mata mahu melarikan diri. 

Dia sanggup memanjat gunung di Anxi, wilayah Fujian dan meneruskan kehidupan bersama penduduk kampung. 

Bagi memastikan kisah silamnya tidak diketahui, Xiao berpura-pura pekak dan bisu bagi menyembunyikan identitinya selama 20 tahun. 

Dia hanya tersenyum dan berkomunikasi melalui bahasa isyarat dengan orang ramai. 

Walaupun masa berlalu pergi dan lelaki itu tidak pernah menghubungi keluarganya sejak beberapa tahun lalu, pihak polis tidak pernah berputus asa menjejaki Xiao dan membawanya ke muka pengadilan. 

Bulan lalu, polis di Anxi menahan seorang lelaki yang kelihatan pekak dan bisu kerana bergaduh dengan penduduk tempatan. 

Walaupun dibebaskan tidak lama kemudian, gambarnya diproses dan memasuki pangkalan data seluruh negara. 

Semasa gambar Xiao dipadankan dalam pangkalan data itu, pihak polis menemukan persamaan antara lelaki di wilayah Fujian dengan suspek yang dikehendaki sejak sekian lama. 

“Selama 20 tahun saya tidak bercakap dengan orang ramai dan hampir rasa jadi gila. 

“Apabila melarikan diri, anak saya ketika itu baru berusia 11 tahun dan kini saya tertanya-tanya bagaimana keadaan ahli keluarga saya,” luah lelaki itu kepada anggota polis. 

Selepas itu, Xiao dibawa pulang ke kampung halamannya dan menunjukkan lokasi pertengkaran bersama jirannya, dua dekad lalu. Dia kini disabitkan bersalah dan perlu menjalani hukuman penjara. -AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya