JAKARTA: Jumlah mangsa maut akibat banjir kilat dan gelongsor lumpur di wilayah Sumatera Barat, Indonesia meningkat kepada 52 orang dan lebih 3,000 orang dipindahkan. Hujan lebat pada petang Sabtu lalu mencetuskan banjir kilat, tanah runtuh dan aliran lava sejuk, campuran abu gunung berapi, serpihan batu dan air seperti lumpur, di tiga daerah di wilayah Sumatera Barat. Semalam, jumlah kematian ialah 43 orang. Aliran lava sejuk yang dikenali di Indonesia sebagai…










