Majlis kahwin unik, pengantin perempuan muncul di kiub ais

Majlis kahwin unik, pengantin perempuan muncul di kiub ais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZERMATT: Sebuah majlis perkahwinan yang dikelilingi oleh gunung salji dengan berlatar belakang landskap putih tular dalam media sosial, lapor NDTV.  

Perkongsian yang dimuat naik oleh akaun Perkahwinan Lubnan dalam Instagram menunjukkan pengantin perempuan berada di dalam kiub ais, dilatari set muzik dan persembahan hiburan berlatarkan pergunungan bersalji dan chalet ski yang mewah di Zermatt, Switzerland. 

Lokasi yang terletak pada ketinggian 2,222 meter itu betul-betul bersebelahan puncak Matterhorn yang penuh kemegahan. 

Pemain biola pula memakai kostum putih sambil membuat persembahan di majlis perkahwinan yang dihujani salji yang lebat. 

Majlis perkahwinan itu lebih menakjubkan dengan laluan yang dihiasi bunga putih yang diukir daripada ais. 

Paling mencuri tumpuan apabila pasangan pengantin itu bergambar di dalam arca ais. 

Sejak momen indah itu dikongsikan pada 16 April lalu, ia mendapat lebih 24,000 tanda suka dan menuai komen positif di media sosial.

Majlis perkahwinan itu mendapat pujian melambung kerana penuh keunikan dan berbeza dengan konsep perkahwinan lain.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya