Kuasa Barat bagi tekanan hebat pada Israel - Utusan Malaysia

Kuasa Barat bagi tekanan hebat pada Israel

DARI kiri Perdana Menteri Ireland, Simon Harris; Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez (tengah) dan Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Store sepakat mengiktiraf negara Palestin. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Keputusan tiga negara di Eropah mengumumkan pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara adalah mesej jelas untuk mempertahankan hak rakyat Palestin, prinsip kedaulatan, maruah serta menentukan masa depan mereka sendiri. 

Ketika tentera Israel masih rakus meratah nyawa dan ‘menghisap’ darah kanak-kanak dan wanita Palestin, Ireland, Norway dan Palestin mencuri tumpuan seluruh dunia. 

Situasi itu menyebabkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak senang duduk dan barisan pentadbiran negara haram itu panas punggung, lapor Al Jazeera.  

KESAN IKTIRAF 

Walaupun tidak banyak usaha yang dapat dilakukan ke arah mencapai penyelesaian dua negara terhadap konflik Israel-Palestin, namun sekurang-kurangnya ia dapat memberi tekanan baharu terhadap kuasa Barat. 

Pengiktirafan itu juga memberi sedikit kesan terhadap kehidupan rakyat Palestin di Baitulmuqaddis yang diduduki dan Semenanjung Gaza.

Namun apa yang lebih penting adalah mengheret Israel untuk bertanggungjawab terhadap genosid yang dilancarkan sejak 7 Oktober tahun lalu. 

SIAPA IKTIRAF PALESTIN?

Di peringkat global, sebanyak 143 dari 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. 

Sebelum menyertai Kesatuan Eropah (EU), tujuh negara iaitu Bulgaria, Hungary, Poland, Romania, Slovakia, Sweden dan Cyprus sudah mengumumkan pengiktirafan pada 1988. 

Kedudukan dan pendirian bekas negara Czechoslovakia menjadi keliru sejak mengiktiraf Palestin pada 1988. Selepas kedua-dua negara itu berpisah pada 1992, Slovakia masih berpegang dengan pendirian sama, sementara, Reublik Czech menarik semula pengiktirafan tersebut. 

Selepas pengumuman tiga negara di EU, satu periga ahli anggota Eu dijangka mengambil tindakan sama. 

Belgium, Malta dan Slovenia antara negara yang dijangka mempertimbangkan untuk mengiktiraf Palestin, walaupun bukan dalam masa terdekat. 

KENAPA ISRAEL TERANCAM?

Tanpa memberikan penjelasan lanjut, Menteri Luar Israel, Israel Katz hanya memaklumkan pengiktirafan itu menyerang kedaulatan Israel dan mengancam keselamatan negara haram itu. 

Felo Institut Kajian Polisi di Washington, Phyllis Bennis berkata, situasi itu akan menyebabkan Israel semakin terasing di pentas dunia.   

“Apa yang berlaku bermakna menambahkan tahap pengasingan di Israel dan penyokongnya di Amerika Syarikat (AS) serta peningkatan sokongan diplomatik terhadap hak Palestin,” katanya. 

APA RESPONS ISRAEL?

Israel berang dengan pengumuman oleh tiga negara itu memanggil pulang dutanya di Ireland, Norway dan Sepanyol. 

Sengaja menimbulkan provokasi, Menteri Keselamatan Israel berhaluan kanan, Itamar Ben-Gvir memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa di timur Baitulmuqaddis, yang merupakan tempat ketiga paling suci bagi umat Islam dan mengisytiharkan ia adalah ‘milik negara Israel’. 

“Kami tidak akan membenarkan sebarang kenyataan tentang negara Palestin,” teriaknya. 

Susulan itu, Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich akan menghentikan pemberian dana cukai yang dikutip oleh Israel. 

Pendudukan Israel di Tebing Barat adalah tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa yang memaksa penduduk membayar cukai kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA).  

Sebagai balas dendam terhadap negara yang mengiktiraf Palestin, Smotrich juga mahu menubuhkan penempatan haram baharu di Tebing Barat, dengan pembinaan puluhan ribut unit kediaman. 

APA RESPON SEKUTU ISRAEL? 

AS melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kecaman dan menyebabkan Israel semakin terasing.  

United Kingdom yang pernah menyebut mengenai pengiktirafan Palestin pada masa lalu, kini mengatakan ia bukanlah masa yang tepat untuk melakukannya. 

Perancis dan Jerman turut mempersoalkan pengiktirafan yang dilakukan sekarang.

Semua negara yang membantah pengumuman oleh tiga negara itu, menyatakan komited terhadap usaha penyelesiaan dua negara, yang pertama kali digambarkan dalam pelan pembahagian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1947 dan disahkan oleh Israel dan Palestin dalam Perjanjian Oslo pada 1990an. 

Namun, kata sepakat gagal dicapai oleh kedua-dua pihak, termasuk rundingan pada 2013 dan 2014. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya