Aidiladha: Jualan rempah laris, peniaga kekal harga

Aidiladha: Jualan rempah laris, peniaga kekal harga

MUHAMMAD Shahrulnizam Rasman menunjukkan sebahagian rempah-ratus yang dijual di premisnya di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu, kelmarin. – UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jualan pelbagai jenis rempah-ratus di Pasar Kedai Payang di sini meningkat hampir tiga kali ganda sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Seorang peniaga rempah-ratus, Muhammad Shahrulnizam Rasman, 27, berkata, ramai pelanggan mula membanjiri Pasar Kedai Payang untuk membeli rempah ratus sejak kelmarin dan situasi itu dijangka berterusan hingga Selasa depan.

Menurutnya, pemintaan rempah-ratus tinggi di pasaran kerana banyak majlis korban diadakan dalam tempoh perayaan tersebut.

“Selalunya, nak dapat jualan RM500 pun agak sukar pada hari-hari biasa namun, permintaan rempah-ratus pada musim perayaan akan meningkat tiga kali ganda dengan jualan harian ketika ini ada mencecah RM1,500.

“Saya menjual pelbagai jenis rempah ratus masakan pada harga antara RM6 hingga RM8 untuk 100 gram,” katanya ketika ditemui di Pasar Kedai Payang di sini.

Tambahnya, walaupun berlaku kenaikan harga secara borong selepas Aidilfitri lalu, kebanyakan peniaga masih mengekalkan harga jualan seperti biasa kerana tidak mahu membebankan pengguna.

Seorang lagi peniaga rempah ratus, Tun Hassan Tun Mahmud, 62, berkata, antara rempah yang laris di kedainya ialah rempah gulai kawah, rendang, kari, kerutuk dan nasi dagang.

Menurutnya, semua rempah­nya dijual pada harga RM4 sahaja untuk 100 gram kecuali rempah kuzi berharga RM5.

“Alhamdulillah, ramai pelanggan tetap yang datang membeli rempah untuk juadah yang akan dimasak bersama daging sembelihan korban pada pagi hari raya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×