SEOUL: Kementerian Pertahanan Korea Utara menuduh Amerika Syarikat dan Korea Selatan meningkatkan aktiviti tinjauan di sekitar sempadan negaranya. Sehubungan itu, Korea Utara memberi amaran bahawa ia akan bertindak jika kedaulatan dan keselamatannya dicabul, kata media negara KCNA. Naib Menteri Pertahanan Korea Utara, Kim Gang Il berkata, AS menerbangkan sekurang-kurangnya 16 pesawat peninjau strategik RC-135 dan U-2S serta dron RQ-4B ke atas semenanjung Korea antara 13 Mei dan 24 Mei lepas.…










