Kanada jadi 'mangsa' amukan Speedy Tigers

Kanada jadi ‘mangsa’ amukan Speedy Tigers

PEMAIN muda Malaysia, Azimuddin Kamaruddin meraikan jaringan gol dalam perlawanan Piala Sultan Azlan Shah 2024 ketika menentang Kanada di Stadium Azlan Shah, Ipoh malam tadi.-UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Speedy Tigers tidak mengambil masa lama untuk berduka, sebaliknya pantas bangkit pada perlawanan seterusnya dengan membelasah Kanada 6-2 pada aksi kedua Piala Sultan Azlan Shah 2024.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Azlan Shah, sebentar tadi, Malaysia terlebih dahulu dikejutkan dengan gol padang Kanada yang dijaringkan oleh Devohn Noronha Teixeira pada minit ke-12.

Begitupun, Speedy Tigers pantas bangkit dengan dua gol pantas masing-masing menerusi
Fitri Saari pada minit ke-13 dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal seminit kemudian.

Penampilan kedua Azimuddin Syakir Kamaruddin bersama skuad senior memberi kenangan manis buatnya apabila berjaya membuka akaun gol pertamanya bersama Speedy Tigers.

Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi menambah derita Kanada pada minit ke-31 apabila menyempurnakan hantaran Faizal Saari untuk gol keempat buat Malaysia sekali gus bergema sorakan kegembiraan penyokong-penyokong yang hadir di stadium.

PEMAIN-Pemain Speedy Tigers meraikan jaringan gol dalam perlawanan Piala Sultan Azlan Shah 2024 berdepan Kanadadi Stadium Azlan Shah, Ipoh hari ini. – UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI.

Kanada bagaimanapun enggan berputus asa awal apabila berjaya mendapatkan gol kedua menerusi jaringan kedua peribadi Teixeira pada minit ke-42 menerusi gol padang.

Tersentak dengan gol itu, Speedy Tigers pantas bangkit membalasnya dengan dua gol dalam tempoh dua minit masing-masing menerusi Syed Syafiq Syed Cholan yang menyempurnakan pukulan sudut penalti di minit ke-48.

Disusuli ledakan penyerang sensasi negara, Faizal Saari yang melakukan larian pantas sebelum pukulan kencang ke kiri gawang yang dikawal oleh Zachary Coombs pada minit ke-49, untuk gol keenam Malaysia.

Jaringan itu juga menyaksikan Faizal mengumpul 141 gol sepanjang 174 penampilannya bersama Speedy Tigers di pentas antarabangsa.

PENYERANG Sensasi negara, Faizal Saari (kiri) turut mencetak nama sebagai penjaring pada perlawanan Malaysia menentang Kanada di Piala Sultan Azlan Shah.-UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI.

Sementara itu, ketua jurulatih hoki negara, Sarjit Singh menyifatkan kemenangan itu baik untuk motivasi pasukan tetapi masih ada banyak perkara perlu diperbaiki.

“Pertahanan masih belum sempurna dan perlu diperbaiki tetapi secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi dan komitmen ditunjukkan pemain.

“Itu yang kita mahu lihat dalam pasukan ini kerana mereka masih muda dan perlukan masa bentuk keserasian,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya