Jet pejuang F-35 terhempas di New Mexico - Utusan Malaysia

Jet pejuang F-35 terhempas di New Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW MEXICO: Seorang juruterbang cedera parah apabila sebuah jet pejuang F-35 terhempas berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Albuquerque di New Mexico, pada Selasa.

Jurucakap Pangkalan Tentera Udara Kirtland berkata, seorang juruterbang tentera udara berlepas dari kemudahan Lockheed Martin di Stesen Simpanan Udara Tentera laut di Fort Worth, Texas, lapor CBS News. 

Katanya, juruterbang itu mendarat di Kirtland kira-kira pukul 1 tengah hari untuk mengisi minyak.

Nahas berlaku sejurus selepas jet pejuang itu berlepas untuk menuju ke Edwards AFB.

“Pesawat itu terhempas berhampiran lapangan terbang di bahagian selatan Sunport.

“Juruterbang dan seorang penumpang pesawat berada dalam keadaan sedar dan dibawa ke hospital berdekatan.

“Juruterbang itu dimasukkan ke hospital University of New Mexico akibat kecederaan serius dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya