Haaland pertahankan kasut emas

Haaland pertahankan kasut emas

Erling Haaland memenangi kasut emas dalam saingan Liga Perdana Inggeris untuk dua musim berturut-turut. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER, United Kingdom: Erling Haaland memenangi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris(EPL) kedua dalam kariernya di England selepas Manchester City menewaskan West Ham 3-1 untuk meraih gelaran liga keempat berturut-turut, awal pagi tadi.

Penyerang Norway itu yang tersisih dua bulan musim ini akibat kecederaan dan bergelut menyamai prestasinya pada penampilan pertama bersama City merekodkan 52 gol dalam semua kejohanan termasuk 36 gol Liga Perdana Inggeris (EPL).

Begitupun, musim ini Haaland hanya berjaya mencatat 27 golnya dalam saingan liga namun masih mampu mempertahankan anugerah berkenaan.

Pencabar rapat pemain berusia 23 tahun itu, adalah penyerang Chelsea Cole Palmer dengan 22 gol manakala
penyerang Newcastle, Alexander Isak meledak 21 gol.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya