Gallant cabar Netanyahu rancang pasca perang di Gaza

Gallant cabar Netanyahu rancang pasca perang di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dicabar secara terbuka mengenai rancangan pasca perang di Gaza oleh Menteri Pertahanannya sendiri, Yoav Gallant. 

Gallant berikar untuk menentang sebarang pemerintahan tentera jangka panjang oleh Israel terhadap wilayah Palestin yang kian musnah. 

Kenyataan Gallant yang disiarkan di televisyen sekaligus menunjukkan berlaku perbezaan pendapat paling lantang dalam barisan kepemimpinan Israel terhadap Netanyahu semasa konflik tujuh bulan yang mencetuskan keretakan politik dalam dan luar negara. 

Bagaimanapun, Netanyahu beranggapan Gallant hanya mencipta alasan kerana belum berjaya menumpaskan pejuang Hamas. 

Gallant pula sambil mengulangi matlamat kerajaan Netanyahu untuk mengalahkan Hamas dan membawa balik saki-baki tebusan dari Gaza, menegaskan tindakan itu mesti dilengkapkan dengan meletakkkan asas bagi pemerintahan alternatif Palestin.

“Kita mesti membongkar keupayaan pemerintahan Hamas di Gaza. Kunci kepada matlamat ini ialah tindakan ketenteraan dan penubuhan alternatif pemerintahan di Gaza.  

“Dengan ketiadaan alternatif sedemikian, hanya dua pilihan negatif yang kekal: pemerintahan Hamas di Gaza atau pemerintahan tentera Israel di Gaza,” katanya  yang akan berusaha menentang senario terakhir dan menggesa Netanyahu bersumpah secara rasmi.

Gallant berkata, sejak Oktober, beliau cuba mempromosikan rancangan untuk menubuhkan ‘alternatif pemerintahan Palestin yang tidak bermusuhan’ kepada Hamas, namun tidak mendapat maklum balas daripada Kabinet Israel.

Beberapa penganalisis pertahanan percaya ramalan Gallant dibuktikan oleh keupayaan Hamas untuk mengelirukan tentera Israel beberapa bulan kemudian. 

Disoal adakah bimbang akan berdepan dengan penyingkiran semula, Gallant berkata, dia percaya dengan konsep kebebasan dalam sistem demokrasi. 

“Saya tidak menyalahkan sesiapa. Dalam negara demokrasi, saya percaya wajar bagi seseorang terutama menteri pertahanan yang memegang jawatan untuk mendedahkannya kepada umum,” tegasnya. -REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya