Kumpulan pemisah guna bom motor roda tiga serang pos kawalan

Kumpulan pemisah guna bom motosikal roda tiga serang pos kawalan

SERANGAN bom choley di sebuah pos kawalan di Daerah Panare, Pattani, Thailand yang mencederakan lima anggota polis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTANI (THAILAND): Lima anggota polis cedera apabila pos kawalan mereka di Mukim Tha Nam, Daerah Panare di sini, diserang kumpulan pemisah menggunakan bom motosikal roda tiga atau bom choley, ke­lmarin.

Kejadian pukul 6.58 petang waktu tempatan itu berlaku setengah jam selepas waktu berbuka puasa.

Difahamkan, kejadian itu dilakukan kumpulan pemisah sebagai balas dendam terhadap pihak berkuasa yang menyebabkan kematian dua rakan mereka dalam tempoh enam hari lalu di Daerah Nong Chik, di sini.

Sumber Pusat Operasi Kese­lamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, susulan kejadian itu pihak berkuasa sedang meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesan sebuah pikap yang dipercayai terlibat membantu serangan itu.

Katanya, dalam kejadian itu, penyerang menggunakan motosikal roda tiga yang dipenuhi alat letupan buatan sendiri (IED) sebelum meletakkannya berhampiran pos kawalan ber­kenaan di Kampung Ban Kha, Mukim Tha Nam.

“Kaedah pengeboman itu dikenali sebagai bom choley. Selepas meletakkan motosikal dekat pos kawalan itu, penunggang melarikan diri menaiki sebuah pikap yang mengekori­nya.

“Penyerang menunggu saat anggota polis berada di pos kawalan sebelum meletupkan bom ber­kenaan menyebabkan lima ce­dera,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×