Cheetah belaan serang tuan sendiri - Utusan Malaysia

Cheetah belaan serang tuan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHORE: Sebuah video tular selepas seorang pempengaruh lelaki di Lahore diserang oleh binatang peliharaannya, seekor cheetah ketika cuba membelai haiwan itu. 

Detik cemas itu dimuat naik dalam akaun Instagram milik Nouman Hassan yang menunjukkkan haiwan itu duduk di sofa antara dua lelaki. 

Ketika kejadian, mangsa cuba membelai haiwan itu dengan mengusap kepala dan bahagian belakangnya. 

Bagaimanapun, tindakan tersebut sebenarnya membuatkan haiwan yang terkenal dengan kepantasan bergerak itu gelisah dan mencakar telinga mangsa.  

Akibat terkejut dengan serangan pantas itu, mangsa kemudian bangun dan menjauhkan diri. 

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu mengalami sebarang kecederaan.

Video bertajuk ‘Serangan Cheetah’ yang dikongsikan dalam Instagram seminggu lalu berjaya meraih 2.3 juta tanda suka dan 173 juta tontonan.

Perkongsian itu mengundang pelbagai komen warga maya sehingga ada yang menegur tindakan menjadikan binatang liar sebagai haiwan peliharaan adalah salah. 

“Haiwan itu sepatutnya bergerak bebas dan bukannya disimpan di dalam rumah,” tulis pengguna media sosial. 

Pemilik haiwan liar itu juga mempunyai singa dalam koleksi peribadinya yang diperoleh daripada sesi lelongan di Zoo Safari Lahore, Ogos tahun lalu. 

Zoo itu melelong belasan singa dan harimau bagi mengurangkan kos perbelanjaan bahan mentah seperti daging. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya