WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menafikan bahawa perang Israel di Gaza adalah pembunuhan beramai-ramai. Beliau juga menyelar permintaan keterlaluan oleh pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk waran tangkap bagi pemimpin Israel. “Apa yang berlaku bukanlah pembunuhan beramai-ramai,” kata Biden dalam acara Bulan Warisan Yahudi Amerika di White House ketika beliau membincangkan konflik yang dicetuskan oleh serangan Hamas pada 7 Oktober lalu ke atas Israel. Kenyataannya merujuk khusus kepada…










