Bercinta dengan jejaka asal UK, Thanuja rancang kahwin dalam setahun dua - Utusan Malaysia

Bercinta dengan jejaka asal UK, Thanuja rancang kahwin dalam setahun dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Thanuja Ananthan memaklumkan kini menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang jejaka asal United Kingdom (UK).

Kata bekas ratu cantik itu, dia sedang mengenali hati budi lelaki itu yang dikenalinya sejak lapan bulan lalu.

“Dia berasal dari London dan diperkenalkan kepada saya oleh seorang rakan. Tentang perkahwinan, memang kami merancang ke arah itu.

“Dia faham dan sokong kerjaya saya. Pada masa yang sama, dia juga memahami diri saya yang berfikiran terbuka dan lantang bersuara,” katanya yang ditemui pada malam gala filem Padu, baru-baru ini

Kata Thanuja lagi, lelaki yang dirahsiakan identitinya itu kini menetap di Malaysia.

“Dia sudah bersara daripada kerjayanya. Kalau ada masa terluang, kami akan pergi melancong bersama,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Thanuja juga menjelaskan sebab memilih lelaki asing berbanding lelaki tempatan sebagai kekasihnya.

“Bukan saya tolak lelaki tempatan, cuma ramai antara mereka yang tak berani dekati disebabkan ketinggian saya,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN