AS cadang piawaian suaka lebih ketat di sempadan

AS cadang piawaian suaka lebih ketat di sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Amerika Syarikat (AS), Joe Biden merancang untuk mewujudkan peraturan baharu yang bertujuan mempercepatkan proses tuntutan suaka bagi golongan pendatang asing di negara ini.  

Cadangan itu akan menjadi permulaan kepada tindakan yang lebih meluas daripada Biden menjelang akhir tahun ini yang akan mengenakan tindakan lebih keras di kawasan sempadan.

Ia bertujuan untuk menghalang pendatang yang mempunyai rekod jenayah atau individu yang akhirnya akan dianggap tidak layak untuk mendapatkan suaka di AS. 

Di bawah undang-undang semasa, pendatang yang tiba di kawasan sempadan akan menjalani saringan awal sebelum dibenarkan meneruskan proses itu, walaupun mereka mempunyai latar belakang jenayah atau berisiko menimbulkan ancaman keselamatan. 

Hakim kemudian akan menentukan sama ada pendatang itu layak mendapat suaka atau sebaliknya. 

Perubahan tersebut akan membolehkan seorang pegawai pada peringkat penapisan awal membuat penentuan tersebut, daripada menunggu keputusan hakim.  

Cadangan tersebut secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kumpulan migran yang relatifnya lebih kecil dan mereka yang tidak layak menerima perlindungan suaka. 

Peraturan yang dicadangkan itu dibuat ketika tekanan daripada beberapa pemimpin Demokrat dan individu yang menyokong kehadiran pendatang yang sudah berada di negara ini. 

Presiden UnidosUS, Janet Murguia yang mewakili sebuah organisasi hak sivil berkata, dia bertemu dengan Biden di White House, minggu lalu, bersama pemimpin lain bagi mendesak bantuan untuk golongan pendatang yang tidak mempunyai status undang-undang sedangkan sudah tinggal selama bertahun-tahun di AS. 

“Saya percaya Presiden terbuka kepada cadangan ini dan beliau boleh melakukan sesuatu. 

“Kami akan membawa kes itu di White House, di Capitol, di setiap komuniti dan seluruh negara,” katanya. -AP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya