ALBERTA: Kebakaran besar perlahan-lahan menghampiri bandar pasir minyak utama Kanada, Fort McMurray dan kira-kira 6,000 orang di empat pinggir bandar diberitahu untuk berpindah. Kebakaran itu didorong oleh keadaan kering dan angin kencang, mengancam bandar di wilayah barat Alberta sejak minggu lalu. Ia kini kira-kira 13 kilometer jauhnya ke barat daya. Pegawai maklumat Alberta Wildfire, Josee St-Onge berkata, kebakaran meningkat dengan ketara semalam dan menyatakan angin dari barat daya bertiup setinggi…










