MUMBAI: Dua belas orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 60 cedera selepas papan iklan tumbang semasa ribut kencang di ibu negara kewangan India, Mumbai, semalam. Menurut pihak berkuasa Mumbai, sebuah jengkaut sedang menggali serpihan ketika penyelamat berlumba-lumba mencari mangsa yang terselamat selepas papan tanda itu runtuh di sebuah stesen minyak di timur bandar itu. Tragedi itu turut memerangkap berpuluh-puluh orang di bawahnya. Seorang inspektor Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF), Gaurav Chauhan…










