TAIPEI: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan lebih 1,000 cedera akibat gempa bumi kuat di Taiwan yang merosakkan berpuluh-puluh bangunan dan mendorong amaran tsunami yang meluas ke Jepun dan Filipina sebelum ditarik balik. Gempa bumi berukuran 7.4 magnitud itu melanda luar pesisir sejurus sebelum pukul 8 pagi (waktu tempatan), dengan Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) meletakkan pusat gempa 18 kilometer (km) ke selatan Bandar Hualien Taiwan, pada kedalaman 34.8km. Bencana…










