Rombak FAM demi masa depan bola sepak Malaysia

Rombak FAM demi masa depan bola sepak Malaysia

WISMA FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rombakan besar-besaran dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu dilakukan bagi memastikan mutu sukan bola sepak di Malaysia dapat dipertingkatkan ke arah yang lebih baik.

Tidak menafikan kejayaan bola sepak di Malaysia sudah mula menampakkan peningkatan, tetapi ia seolah-olah tidak mencapai tahap yang diinginkan ketika negara-negara jiran khususnya sudah jauh ke depan.

Perkara itu dipersetujui oleh penganalisis sukan tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli yang melihat, rombakan pada pemilihan badan induk itu pada tahun hadapan akan membuka lembaran baharu dalam bola sepak Malaysia.

“Perlu rombakan menjelang pemilihan akan datang sebab kita nampak kedudukan urus tadbir dan pencapaian sekarang. Kita perlukan pemimpin yang ada pemikiran ‘business minded’, tahu bagaimana datangkan keuntungan.

“Muka baharu juga perlu tahu tadbir urus yang cekap serta tahu bagaimana nak pastikan kualiti dan prestasi organinasi termasuk meningkatkan pencapaian Harimau Malaya, orang kata maju ke hadapan.

“Sekarang proses urus tadbir tidak menggembirakan kita dan pencapaian pasukan kebangsaan juga tidak menentukan. Jadi, sudah nampak FAM perlukan rombakan besar pada pemilihan akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin berpendapat bahawa pengurusan tertinggi FAM perlu dirombak bagi menjamin mutu dan kualiti bola sepak tempatan.

Mengulas lanjut, Pekan berkata, sekiranya berlaku rombakan, individu baharu dalam FAM juga perlu membuat perancangan diperingkat akar umbi selain memastikan struktur pembangunan berjalan dengan betul.

“Kita perlukan jurulatih yang betul di peringkat akar umbi, bukan mereka yang tiada lesen, tiada pengetahuan dan pengalaman. Kita bangunkan bermula daripada perkara asas. Kita boleh nampak, pemain kita perkara asas ‘out’.

“Tahan bola tiga hingga empat kaki jauh daripada kawalan, macam ini ke bermain di peringkat tertinggi?. Kita kena tengok semula perkara-perkara sebegini kerana kita tidak mahu bermain secara negatif,” katanya.

Dalam masa yang sama, Pekan berharap, FAM akan belajar daripada sesuatu daripada kejayaan skuad Indonesa B-23 yang mara ke separuh akhir Piala Asia B-23 khususnya dalam program persiapan pasukan ke mana-mana kejohanan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya