DISAHKAN diabetes jenis 1 seawal usia lapan tahun mendorong seorang usahawan remaja mengeluarkan pakaian sukan berjenama SÜ1 bagi membantu golongan senasibnya. Sofia Sacoor, 17, yang berasal dari Lisbon, Portugal dan kini menetap di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) merintis inisiatif murni itu sejak empat tahun lalu. Misinya, adalah untuk mengumpul dana bagi membantu pesakit kanak-kanak dan remaja yang berdepan kekangan kewangan untuk menampung kos rawatan sekali gus memupuk kesedaran tentang…










