Pentagon salur bantuan RM28 bilion segera ke Ukraine

Pentagon salur bantuan segera RM28 bilion ke Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentagon akan ‘segera’ menyalurkan bantuan pertahanan udara berupa peluru berpandu dan kelengkapan persenjataan kepada Ukraine sebagai sebahagian daripada pakej bantuan ketenteraan baharu. 

Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin mendedahkan, Amerika Syarikat (AS) akan memperuntukkan AS$6 bilion (RM28 bilion) bagi tujuan itu.  

Sumber mengesahkan kepada BBC, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada peruntukan berjumlah AS$60 bilion (RM286) yang ditandatangani menjadi undang-undang oleh Presiden AS, Joe Biden. 

Austin berkata, AS komited menyalurkan bantuan keselamatan terbesar dan akan ‘menyalurkan segera’ bantuan kepada Ukraine. 

Bantuan persenjataan itu termasuk pertahanan udara, sistem pintasan dron dan peluru artileri. 

Bagaimanapun, sistem Patriot bagi pelancaran peluru berpandu tidak akan dibekalkan ke Ukraine. 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky merayu negara itu ‘terdesak’ memerlukan Patriot bagi berdepan ancaman serangan udara Russia.

Ukraine hanya mempunyai beberapa Patriot bagi melengkapkan sistem pertahanan peluru berpandu Barat yang lain dan stok peluru berpandu permukaan ke udara (SAM) era Soviet, seperti S-300. 

Menurut Austin, beliau yakin lebih banyak sistem persenjataan akan dibekalkan kepada Kyiv pada masa akan datang. 

Perbincangan masih berterusan bersama rakan sekutu di negara Eropah lain. -BBC 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya