SEPANJANG lebih 40 tahun jari-jemarinya ligat menari di atas kertas, tidak pernah sekali pun wanita orang kurang upaya (OKU) pendengaran ini melukis wajah insan-insan di sekelilingnya. Nor Yarasha Abu Samah, 53, menolak untuk mengabadikan sebarang potret keluarga dan rakan-rakan mahupun individu ternama. Sebaliknya, lebih gemar mengabadikan wajah wanita dan lelaki hasil imaginasinya sendiri. Sehingga kini lebih 70 lukisan termasuk potret, pemandangan dan objek berjaya disiapkan ibu kepada dua anak lelaki…