PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan digesa mengkaji semula Akta Perubatan ke arah pembaharuan yang bermakna dengan mula melakukan reformasi dalam Majlis Perubatan Malaysia (MMC). Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Azizan Abdul Aziz berkata, usaha itu perlu diambil sementara menunggu cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) berhubung Program Parallel Pathway. “Jawatan Presiden MMC harus diputuskan melalui pilihan raya dan bukan melalui pelantikan. Malah, komposisi MMC ahli majlis MMC perlu terdiri…