Michelle Yeoh bakal terima anugerah kehormat tertinggi AS

Michelle Yeoh bakal terima anugerah kehormat tertinggi AS

MICHELLE YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pelakon kelahiran Malaysia yang menempa nama di Hollywood, Michelle Yeoh bakal menerima penghormatan tertinggi di Amerika Syarikat (AS).

Penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi (Oscar) yang bakal meraikan ulang tahun kelahiran ke-62 Ogos depan itu, akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada majlis rasmi di White House, 3 Mei ini.

Pelakon wanita itu dipilih sebagai penerima penghormatan tertinggi AS selepas Biden mengiktiraf individu yang banyak menyumbang dan berjasa kepada keselamatan atau kepentingan AS, keamanan dunia atau kebudayaan.

Sebelum ini, antara personaliti yang pernah menerima pingat sama adalah Mother Teresa, John F Kennedy, Bill Clinton, Stephen Hawking, Sidney Poitier, Yo-Yo Ma, Steven Spielberg, Oprah Winfrey, Steve Jobs, Audrey Hepburn, Henry Kissinger, Dr Martin Luther King Jr, Neil Armstrong, Jacques Cousteau, Duke Ellington, Tiger Woods dan Rosa Parks.

Yeoh membintangi banyak filem terbitan Hollywood dan sebilangan besar meraih kejayaan di peringkat global seperti Tomorrow Never Dies, Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs Of A Geisha, Mummy 3, Everything Everywhere All at Once dan The Lady.

Bagaimanapun, Yeoh belum mengesahkan kehadiran ke majlis berkenaan selepas terikat dengan pelbagai komitmen. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya