Main catur 60 jam tanpa henti - Utusan Malaysia

Main catur 60 jam tanpa henti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Raja catur di Nigeria berhasrat memecahkan Rekod Dunia Guinness menerusi permainan catur paling lama selama 60 jam tanpa henti. 

Lapor UPI, Tunde Onakoya menentang pencabar iaitu juara catur dari Amerika Syarikat, Shawn Martinez di sebuah meja yang disediakan di Times Square, New York. 

Onakoya berjaya memenangi setiap perlawanan yang berlangsung hampir empat hari itu.  

Untuk rekod, Rekod Dunia Guinness semasa bagi perlawanan catur terpanjang ialah 56 jam dan 9 minit. 

Organisasi penyimpan rekod itu kini akan menyemak bukti daripada perlawanan selama 60 jam itu, untuk menentukan sama ada ia layak menewaskan rekod semasa dan merangkul gelaran itu.

Rekod itu bertujuan mengumpul dana berjumlah $1 juta (RM4.7 juta) untuk Catur di Slums Africa, iaitu sebuah badan amal yang diasaskan bersama Onakoya untuk mempromosikan pendidikan di kawasan berpendapatan rendah di seluruh benua.

Onakoya turut berkongsi dalam media sosial, kenangan meraikan pusingan penamat perlawanan itu dengan nasi Jollof iaitu hidangan pertamanya selepas hampir empat hari bertarung di meja catur. 

“Saya mengalami keracunan makanan semasa perlawanan, jadi saya tidak boleh makan apa-apa. Hanya air sahaja saya minum,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya