Lelaki serang Kamal Adli dipenjara 2 tahun - Utusan Malaysia

Lelaki serang Kamal Adli dipenjara 2 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Individu yang menyerang pelakon, Kamal Adli menggunakan cota di Singapore Expo pada Mac tahun lepas dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura hari ini.

Lelaki warga Singapura, Muhammad Nabil Rashid, 34, mengaku bersalah atas pertuduhan menyerang dan dua pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap individu lain pada Januari lalu.

Dalam kenyataannya, Muhammad Nabil mendakwa melakukan kesalahan itu kerana beranggapan Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, telah mencabul saudara wanitanya.

Tertuduh kemudiannya direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi menjalani penilaian psikiatri.

Dia didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac 2023 kerana terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Mengikut undang-undang Singapura, kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman itu.

Terdahulu, dalam kejadian pada 12 Mac 2023, pelakon berusia 37 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian kepala ketika sedang bergambar bersama peminat di sebuah acara ekspo di Singapura.

Kejadian tersebut menyebabkan bahagian belakang kepalanya berlumuran darah selepas dipukul bertubi-tubi sehingga perlu menjalani pembedahan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN