Ketegangan protes Gaza meningkat di beberapa universiti AS

Ketegangan protes Gaza meningkat di beberapa universiti AS

SEKUMPULAN penunjuk perasaan pro-Palestin di luar Universiti Columbia hari ini. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Kuliah pengajian di Columbia University bertukar kepada pengajian secara dalam talian selepas bantahan terhadap perang di Gaza meningkatkan ketegangan dalam beberapa kampus di Amerika Syarikat (AS).

Malah, puluhan pelajar ditangkap di Yale University.

Penunjuk perasaan yang ramai menubuhkan Perkhemahan Solidariti Gaza di kampus Universiti Columbia manakala beberapa pelajar keturunan Yahudi di institusi berprestij New York itu mendakwa mendapat ugutan dan anti-Semitisme sewaktu bantahan selama beberapa hari.

Dalam surat terbuka kepada warga universiti, Presiden Universiti Columbia, Nemat Shafik menyatakan perlu ada penyesuaian semula.

“Sejak beberapa hari lalu, terdapat terlalu banyak contoh tingkah laku yang menakutkan. 

“Ada luahan anti-Semitik, seperti kecaman lain yang digunakan untuk menyakiti dan menakutkan orang, tidak boleh diterima dan tindakan sewajarnya akan diambil.

“Untuk mengurangkan rasa tidak berpuas hati dan memberi kita semua peluang untuk mempertimbang langkah seterusnya, saya mengumumkan semua kelas akan diadakan secara maya pada hari Isnin,” katanya.

Minggu lalu, penunjuk perasaan pro-Palestin memulakan bantahan dengan menggesa universiti itu menjual pelaburan dalam syarikat yang mempunyai hubungan dengan Israel.

Pada Khamis lalu, lebih 100 daripada mereka ditahan selepas pihak berkuasa universiti memanggil polis ke kampus dan tindakan itu meningkatkan ketegangan, seterusnya mencetuskan kehadiran lebih ramai penunjuk perasaan pada Sabtu dan Ahad lalu.

Mimi Elias, seorang pelajar yang ditangkap semalam berkata, mereka akan berada di situ sehingga tuntutan mereka diakui.

“Kami tidak mahu anti-Semitisme atau Islamofobia. Kami di sini untuk pembebasan untuk semua,” kata Elias.

Seorang pensyarah di Columbia University, Joseph Howley, pula berkata, universiti menjadi mengambil tindakan salah dengan memanggil polis, yang seterusnya menarik elemen yang lebih radikal yang bukan sebahagian daripada protes pelajar universiti.

“Anda tidak boleh mendisiplinkan dan menghukum untuk menghilangkan prasangka dan perselisihan faham masyarakat,” kata Howley.

Bantahan itu turut merebak ke kampus lain, termasuk The Massachusetts Institute of Technology (MIT), New York University, The University of Michigan dan Yale University, iaitu sekurang-kurangnya 47 orang sudah ditangkap, selepas pelajar tidak mengendahkan arahan untuk bersurai.

Sejak serangan Hamas 7 Oktober lalu dan tindak balas tentera Israel yang luar biasa, universiti menjadi tempat perdebatan yang sengit di AS. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN