Jurugambar Reuters menang Gambar Tahunan Akhbar Dunia 2024

Jurugambar Reuters menang Gambar Tahunan Akhbar Dunia 2024

INAS Abu Maamar, 36, memeluk mayat anak saudaranya berusia lima tahun, Saly, yang terbunuh dalam serangan Israel, di Hospital Nasser, Khan Younis, selatan Gaza pada 17 Oktober lalu. -REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Jurugambar ­Reu­ters, Mohammed Salem memenangi anugerah berprestij Gambar Tahunan Akhbar Du­nia 2024 kelmarin menerusi imej seorang wanita Palestin sedang mendukung mayat anak saudara perempuannya yang berusia lima tahun di Gaza.

Gambar itu diambil pada 17 Oktober lalu di Hospital Nasser di Khan Younis, selatan Gaza di mana keluarga mencari saudara-mara yang terbunuh semasa pengeboman Israel ke atas wilayah Palestin.

Imej kemenangan itu menggambarkan Inas Abu Maamar, 36, menangis teresak-esak sambil memegang mayat, Saly yang dilitupi kain cadar di bilik mayat hospital.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohammed, warga Palestin berusia 39 tahun, bekerja untuk Reuters sejak 2003.

Beliau juga memenangi anugerah dalam pertandingan Foto Akhbar Dunia 2010.

Editor Global Reuters untuk Gambar dan Video, Rickey Ro­gers berkata, Mohammed me­nerima berita mengenai anugerahnya dengan rendah hati.

Rogers mengatakan bahawa ini bukan foto untuk diraikan tetapi dia menghargai pengiktirafan dunia dan peluang untuk menerbitkannya kepada khalayak yang lebih luas.

“Beliau (Mohammed) berharap dengan anugerah ini bahawa dunia akan menjadi lebih sedar tentang kesan pepera­ngan manusia terutamanya terhadap kanak-kanak,” kata Rogers di Nieuwe Kerk, Amsterdam kelmarin.

Dalam pada itu, Yayasan Gambar Akhbar Dunia yang berpangkalan di Amsterdam berkata, adalah penting untuk mengiktiraf bahaya yang dihadapi wartawan yang membuat liputan konflik.

Yayasan itu berkata, seramai 99 wartawan dan pekerja media terbunuh sewaktu membuat liputan mengenai perang antara Israel dan Hamas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini