Jamaica iktiraf Palestin sebagai sebuah negara - Utusan Malaysia

Jamaica iktiraf Palestin sebagai sebuah negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Jamaica mengiktiraf secara rasmi Palestin sebagai sebuah negara sekaligus menjadi negara ke-142, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengiktiraf kedaulatan wilayah itu.

Menteri Luar, Kamina Johnson Smith berkata, Jamaica akan terus menyokong usaha penyelesaian dua negara sebagai pilihan paling ampuh untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin yang berlarutan sejak sekian lama.

Komitmen itu juga adalah usaha mengukuhkan sokongan mencari penyelesaian damai di wilayah bergolak itu serta isyarat sokongan Jamaica terhadap gencatan senjata, pembebasan tebusan serta akses kepada bantuan kemanusiaan.

“Keputusan itu juga adalah demi menegakkan maruah dan hak rakyat Palestin.

“Ia selaras komitmen kukuh Jamaica terhadap prinsip-prinsip Piagam PBB yang bertujuan mewujudkan rasa saling menghormati dan hidup secara aman dalam kalangan negara-negara lain,” katanya menerusi kenyataan akhbar.

Jamaica kini menyertai 141 negara anggota PBB dan 11 negara Komuniti Caribbean (CARICOM) yang telah mengiktiraf Negara Palestin termasuk Ecuador, Mesir, India, Iceland, Romania, Poland, Burundi, Thailand, Tanzania, Iraq, Sweden, Russia, Guyana, Haiti, Suriname, Cuba dan Republik Dominican. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya