Dilarang makan aiskrim lepas tengah malam di Milan

Dilarang makan aiskrim lepas tengah malam di Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Bandar ini akan mencadangkan undang-undang baharu bagi melarang pembelian aiskrim selepas waktu tengah malam dalam usaha melindungi ‘ketenangan’ penduduk. 

Lapor Sky News, bagi kebanyakan orang, walaupun pengambilan gelato pada waktu itu merupakan sebahagian daripada budaya Itali, ia adalah satu ancaman di bawah undang-undang baharu yang akan diperkenalkan.

Kertas permulaan perundangan difailkan oleh kerajaan tempatan bandar itu, dan sekiranya lulus, larangan itu akan berkuatkuasa pada bulan depan, iaitu dari pertengahan Mei hingga hujung November.  

Undang-undang itu akan meliputi 12 daerah yang turut melarang pembelian pizza dan minuman selepas waktu tengah malam, iaitu bermula pukul 12.30 pagi hari biasa serta 1.30 pagi hujung minggu dan cuti umum. 

Usaha itu bagi mengekang orang ramai yang suka berkumpul dan membuat bising di kawasan jalan di bandar itu, sekaligus menjaga ketenteraman penduduk. 

Timbalan Datuk Bandar Milan, Marco Granelli berkata, tujuan utama undang-undang itu adalah bagi menyeimbangkan antara aktiviti sosial dan hiburan sekaligus menjaga keamanan dan kesejahteraan penduduk. 

Penduduk mempunyai masa sehingga Mei depan bagi membuat rayuan dan mencadangkan perubahan terhadap undang-undang itu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya