Dihalang anjur acara pro-Palestin: Beberapa pelajar sekolah

Dihalang anjur acara pro-Palestin: Beberapa pelajar sekolah menengah di AS fail saman

BENDERA Palestin berkibar sewaktu sekumpulan penunjuk perasaan pro-Palestin berarak di luar kedutaan Israel untuk menyeru gencatan senjata di Gaza di Washington 2 Mac lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Beberapa pelajar Amerika Syarikat di Sekolah Menengah Jackson-Reed Washington memfailkan saman dengan mendakwa pentadbir sekolah menengah awam itu melarang mereka mengadakan acara pro-Palestin.

Dalam tuntutan itu berkata, pentadbir sekolah melayan kelab pelajar di sekolah menengah itu, Kesatuan Pelajar Arab, berbeza daripada kumpulan lain seperti Kesatuan Pelajar Kulit Hitam dan Kesatuan Pelajar Asia dengan menyekat aktivitinya.

“Sejak empat bulan lalu, ia (Kesatuan Pelajar Arab) dan ahlinya cuba melibatkan diri dalam aktiviti ekspresif di sekolah menengah dengan menayangkan filem dokumentari, memasang poster,, menyampaikan program kebudayaan, tetapi dihentikanoleh pentadbiran sekolah,” kata tuntutan mahkamah itu.

Pihak sekolah bagaimanapun tidak menjawab pertanyaan pemberita.

Saman itu difailkan oleh American Civil Liberties Union of D.C. di Mahkamah Daerah AS ntuk District of Columbia. 

Aduan itu, yang dilaporkan sebelum ini oleh Washington Post, menggesa mahkamah meminta pihak sekolah membenarkan pelajar terbabit dalam aktiviti mereka sebelum 7 Jun  ini.

“Ucapan mereka dihalang kerana pihak sekolah tidak mahu pandangan mereka yang membabitkan perang yang berterusan di Gaza dan kesannya terhadap rakyat Palestin didengari,” tambah tuntutan mahkamah itu.

Perang Gaza menyebabkan wacana sengit dan demonstrasi anti-perang di seluruh AS, sekutu terpenting Israel.

Kumpulan advokasi mencatatkan peningkatan kebencian dan berat sebelah terhadap Yahudi, Arab dan Palestin di Amerika Syarikat. 

Insiden mencemaskan termasuk kejadian tikam maut pada Oktober lalu ke atas seorang warga Palestin AS berusia enam tahun di Illinois, tembakan terhadap tiga pelajar November lalu iaitu untuk mereka yang berketurunan Palestin di Vermont dan tikaman terhadap seorang lelaki AS Palestin di Texas, Februari lalu.

Kumpulan Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober lalu membunuh 1,200 orang, menurut jumlah Israel.

Israel pula membunuh lebih 34,000 orang di Gaza sebagai tindakan balas, menurut kementerian kesihatan Gaza. -REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN