Ahli arkeologi temukan kereta api 100 tahun di Belgium

Ahli arkeologi temukan kereta api 100 tahun di Belgium

SEBUAH kereta api LNER 100 tahun ditemukan di tapak arkeologi di Belgium. – GAMBAR ihsan LNER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Ahli arkeologi yang menggali kubu abad ke-19 di Belgium membuat penemuan yang mengejutkan dan misteri iaitu sebuah kereta api berusia hampir 100 tahun yang berasal dari England.

Lapor UPI, Kereta Api Timur Laut London dalam kenyataan berkata, penyelidik yang be­kerja untuk mendedahkan Kubu Utara di Antwerp menemukan sebuah kereta api merah gelap yang ditandakan dengan logo LNER.

Syarikat itu mengenal pasti penemuan itu sebagai kende­raan pemindahan yang dimaksudkan untuk memindahkan harta benda dari rumah lama seseorang ke kediaman baharu.

Kata pakar arkeologi perun­ding, Femke Martens dalam ­sia­ran berita LNER, tri pe­ngalih kayu pada keretapi itu dianggap berusia sekitar seratus tahun.

“Ia adalah misteri tentang bagaimana kereta api itu berada di Antwerp dan malangnya tinggal sedikit sahaja peninggalan itu kerana ia hancur semasa digali,” jelas Martens.

Penyelidik LNER berkata, kereta api itu nampaknya meru­pakan model pertama bagi kenderaan pemindahan dan ia digunakan hanya sekitar 1930 sebelum syarikat itu menggantikannya dengan model biru yang dikemas kini.

Syarikat itu berkata, penyelidik masih belum menentukan bagaimana kereta itu tertimbus 804.672 kilometer dari Ibu Pejabat British LNER.

Jurucakap LNER, Stuart Thomas berkata, penemuan ini pastinya menjana banyak minat dan pihaknya gembira pasukan dari Jabatan Arkeologi Bandar Kota Antwerp membantu menjelaskan lebih banyak penemuan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN