282 juta penduduk dunia alami kelaparan teruk akibat perang

282 juta penduduk dunia alami kebuluran akibat perang, konflik

KIRA-kira 700,000 orang termasuk 600,000 di Gaza berada di ambang kebuluran tahun lalu. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Krisis makanan bertambah buruk di seluruh dunia pada tahun lalu dengan kira-kira 282 juta orang dilaporkan mengalami kebuluran akibat konflik terutamanya di Gaza dan Sudan.

Menurut agensi dan kumpulan pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), cuaca ekstrem dan krisis ekonomi turut menambah bilangan mereka yang menghadapi masalah krisis makanan yang teruk.

Jumlah itu meningkat sebanyak 24 juta orang tahun lalu berbanding 2022, menurut laporan global terkini mengenai krisis makanan daripada Rangkaian Maklumat Keselamatan Makanan (FSIN).

Tahun lalu merupakan tahun kelima berturut-turut berlaku peningkatan bilangan orang yang mengalami krisis makanan yang teruk.

Sebahagian besar peningkatan kes tahun lepas adalah disebabkan oleh liputan laporan yang diperluaskan kawasan geografinya serta keadaan yang semakin teruk di 12 buah negara.

Timbalan Pengarah Pejabat Kecemasan dalam Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Fleur Wouterse berkata, lebih banyak kawasan geografi mengalami kemerosotan yang ketara dalam konteks krisis makanan utama seperti Sudan dan Gaza.

Kira-kira 700,000 orang termasuk 600,000 di Gaza berada di ambang kebuluran tahun lalu, angka yang sejak itu meningkat lebih tinggi kepada 1.1 juta di wilayah Palestin yang dilanda perang.

Sejak laporan pertama dikeluarkan oleh Rangkaian Krisis Makanan Global meliputi 2016, bilangan orang yang terlibat dalam krisis makanan meningkat daripada 108 juta kepada 282 juta orang, kata Wouterse.

Krisis makanan utama yang berlarutan sedang berlaku di Afghanistan, Congo, Ethiopia, Nigeria, Syria dan Yemen.

“Dalam dunia yang melimpah ruah dengan kekayaan dan makanan, kanak-kanak mati kelaparan. 

“Peperangan, kekacauan iklim dan krisis kos sara hidup digabungkan dengan tindakan yang tidak mencukupi bermakna hampir 300 juta orang menghadapi krisis makanan akut pada 2023,” tulis Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam kata pengantar laporan itu. -AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN