13 penumpang bas maut, bertembung lori tangki minyak

13 penumpang bas maut, bertembung lori tangki minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANZANIA: Seramai 13 penumpang terbunuh dan enam yang lain cedera selepas sebuah bas mini bertembung sebuah lori tangki minyak di Somanga, wilayah Lindi, selatan Tanzania, semalam.

Komander Polis Wilayah Lindi, John Imori berkata, 11 daripada mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, sementara dua lagi disahkan maut ketika menerima rawatan di sebuah pusat kesihatan.

Jelasnya, pelanggaran berlaku selepas lori tangki itu melencong ke seberang jalan ketika bas mini berkenaan sedang mengangkut penumpang.

Insiden berkenaan berlaku di Lebuh Raya Lindi-Dar es Salaam, kira-kira pukul 7.30 pagi (waktu tempatan). -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya