Track My Bus bantu penumpang jejak kedudukan E-Mutiara

Track My Bus bantu penumpang jejak kedudukan E-Mutiara

CHE Ibrahim Che Ismail (kiri) bersama pegawainya memeriksa keadaan bas E-Mutiara di Kota Bharu, Kelantan. -UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) memperkenalkan sistem Track My Bus dalam usaha membantu penumpang menjejaki lokasi serta kedudukan bas ekspres yang mereka naiki.

Pengerusinya, Che Ibrahim Che Ismail berkata, sistem berkenaan dibangunkan berikutan pengalaman syarikat berkenaan menghadapi kesukaran untuk memaklumkan keberadaan bas kepada penumpangnya sebelum ini.

Menurutnya, situasi tersebut bertambah rumit setiap kali menjelang Aidilfitri apabila pusat operasi E-Mutiara sesak dengan panggilan pelanggan yang mahu mengetahui keberadaan bas.

“Bagi mengelak situasi berkenaan, kita memperkenalkan sistem Track My Bus di mana penumpang yang membeli tiket bas ekspres di mana-mana kaunter E-Mutiara atau ejen, mereka boleh mengimbas kod QR pada tiket bas yang diberikan untuk mengetahui kedudukan bas.

“Bagi mereka yang membeli tiket secara dalam talian pula boleh terus ke pautan track.e.mutiara.com dan memasukkan nombor tiket,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Che Ibrahim memberitahu, melalui sistem berkenaan, penumpang tidak lagi perlu menghubungi bilik operasi E-Mutiara untuk mengetahui kedudukan bas mereka.

Katanya, keadaan ini sekali gus dapat membantu penumpang merancang perjalanan mereka bagi mengelak daripada kejadian seperti terlewat sampai di stesen bas atau ditinggalkan bas. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya