Rempuhan jambatan Baltimore: Tiada kelewatan import kereta dari

Rempuhan jambatan Baltimore: Tiada kelewatan import kereta dari AS ke Singapura

Tiada kelewatan dalam import kereta Amerika Syarikat atau alat gantinya ke Singapura, kata penyedia perkhidmatan kereta. -CNA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Penyedia perkhidmatan kereta memberi jaminan bahawa tiada kelewatan dalam import kereta dari Amerika Syarikat (AS) atau alat gantinya ke Singapura.

Jaminan itu walaupun Pelabuhan Baltimore, pelabuhan AS yang paling sibuk untuk penghantaran kereta masih ditutup berikutan Jambatan Francis Scott Key runtuh dirempuh kapal kontena MV Dali yang berdaftar menerusi negara republik itu.

Pelabuhan Baltimore mengendalikan sekurang-kurangnya 750,000 kenderaan pada 2023, menurut data dari Pentadbiran Pelabuhan Maryland.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut pemerhati pasaran, syarikat perkapalan itu akan mengalihkan kargo mereka ke pelabuhan lain yang berdekatan, tetapi secara keseluruhan, penutupan pelabuhan itu akan memberi impak minimum kepada import AS ke Singapura dan harganya. 

Pelabuhan Baltimore adalah satu daripada dua pelabuhan di Eastern Seaboard yang cukup dalam untuk kapal kontena yang sangat besar yang membawa barangan seperti kenderaan dan peralatan pertanian dan pembinaan, menurut rakan kongsi amalan pertumbuhan antarabangsa di firma perunding PwC Singapore David Wijeratne yang memberitahu CNA.

Bagaimanapun, berdasarkan pemilikan automotif di Singapura dan perkadaran kenderaan yang tiba dari AS berbanding negara seperti Jepun dan China, itu peratusan yang mungkin boleh diuruskan, terutamanya dalam jangka sederhana hingga lebih panjang, kata Wijeratne.

Wijeratne berkata, para peniaga belajar daripada peristiwa global baru-baru ini yang menjejaskan rantaian bekalan seperti wabak Covid-19 dan serangan kapal Laut Merah dan bersedia untuk gangguan sedemikian.

“Sebilangan syarikat mula menggunakan pelan alternatif berhubung dengan logistik mereka pada peringkat pertama, jadi mereka merancang untuk ini lebih daripada yang mereka lakukan sebelum ini. 

“Ia bukan untuk mengatakan bahawa tidak ada kesan. Tetapi saya fikir ia menjadi lebih terurus bahawa banyak syarikat sedang bersedia untuk itu,” katanya.

Impak sebenar akan dirasai oleh pengguna di AS yang menjangkakan kenderaan yang ditempah dari Eropah kerana ia boleh ditangguhkan beberapa bulan, tambahnya.

Pengedar rasmi jenama kereta AS di sini seperti Chevrolet, Ford dan Jeep berkata, impak daripada kejadian berkenaan mungkin minimum. 

Pengedar kereta import juga tidak terjejas kerana kebanyakannya membawa masuk kereta dari Jepun dan China manakala kereta benua kebiasaannya datang dari Eropah.

Dalam pada itu, Ketua pemasaran di Vin’s Automotive, Aaron De Roza berkata, walaupun pihaknya tidak menjangkakan sebarang kelewatan kerana kami mendapatkan tempahan atau alat ganti dari negara Asia, negara Eropah atau tempatan, namun, pihaknya masih akan memerhatikan sama ada terdapat sebarang kesan yang tidak dijangka.

Beberapa firma dilaporkan bersedia untuk keadaan yang tidak dijangka. 

Sebagai contoh, Revo Performance, bengkel pakar untuk kereta Jeep, berkata ia menyimpan 20 peratus lebih banyak alat ganti dan aksesori sejak tahun lepas.-CNA

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×